I stop when I'm done

I stop when I'm done

Wednesday, 2 September 2015

Sebuah Janji


Jangan berjanji jika tidak mampu untuk ditunaikan. Janji senang untuk dilafazkan tapi sejauhmana kita mampu laksanakan janji yang kita menterai. Bila janji mula dimungkiri langkah terbaik ialah membawa diri. Bukan merajuk tapi sekadar ingin pergi supaya ada yang tahu menghargai .



Saturday, 4 July 2015

Cinta sejati

Setiap orang akan jatuh cinta, ada yang jatuh cinta pandang pertama,ada  yang jatuh cinta secara tiba-tiba. Namun bagaimanapun cara kita jatuh cinta, biarlah secara ikhlas. Bukannya cinta dusta tetapi cinta sejati yang hadir hanya sekali. Cinta sejati yang meresap ke hati terus kukuh dalam jiwa. Cinta itu indah kalau hadir dengan keikhlasan dan kejujuran dan cinta itu amat menyakitkan bila hadir dengan paksaan. Cinta paksaan akan melukakan hati dan juga tidak akan berkekalan.





Friday, 3 July 2015

Kejayaan milik semua


Kejayaan itu milik semua. Setiap orang dilahirkan untuk berjaya, namun berjaya atau tidak seseorang itu terletak pada usaha mereka itu sendiri.  Kejayaan yang hendak kita raih perlukan keazaman dan jati diri yang kuat. 

Justeru itu untuk berjaya kita harus ada perancangan yang kukuh, persediaan yang mantap fizikal dan mental. Paling utama untuk meraih kejayaan ialah kepercayaan yang jitu bahawa dia mampu untuk meraih kejayaan.

Apa pun...kejayaan yang utama ialah bila adanya sokongan orang yang tersayang. Itulah yang akan melengkapi kejayaan yang kita raih hasil penat lelah kita.







Thursday, 2 July 2015

Bila cinta beralih arah

Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Perkahwinan ini dimenterai oleh cinta dua hati. Namun mengapa cinta ini boleh dikhianati. Mengapa ada cinta lain hadir dalam indahnya ikatan suci ini.

Kita tidak boleh menunding jari menyalahkan satu pihak sahaja. Masa bercinta memang sangat indah tetapi bila melangkah ke alam perkahwinan ada segelintir kita tidak mengekalkan keindahan masa bercinta itu. Ini kerana mereka merasakan mereka sudah memiliki orang yang mereka sayang. Tanpa mereka sedari mereka membuka ruang untuk orang lain memenuhi hati pasangan mereka yang kosong.

Dan akhirnya cinta beralih arah... rumahtangga mula bergoyang, mula rasa disakiti dan dikhianti, cemburu dan wasangka mula menghuni dalam hati.

Cubalah berubah jika tidak mahu ada cinta kedua hadir dalam ikatan murni perkahwinan. Bukan masa untuk menuduh siapa salah atau siapa yang benar. Tetapi berubah untuk orang yang kita sayang.


Tuesday, 30 June 2015

Kebahagiaan dan kegembiraan

Bahagia dan gembira saling berkait antara satu sama lain. Bila kita bahagia, kita akan rasa gembira dan begitu juga rasanya bila kita gembira hidup akan rasa bahagia. Bahagia itu perlu kita cipta untuk melahirkan rasa gembita. Tidak perlu terus menerus hidup dalam kesedihan kerana setiap orang mempunyai ruang dan peluang untuk merasai kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup. ada orang bertanya saya mengapa nampak saya gembira seakan tidak pernah wujud masalah. Jawapannya senang sahaja, saya sentiasa positifkan diri saya kerana kalau bukan kita siapa lagi yang akan membahagiakan diri kita dan untuk membuat kita gembira dan bahagia . Sentiasa berfikiran terbuka dan buang segala rasa sedih dan kecewa dalam diri. Bahagia itu akan muncul dalam hati kita dan akan membuatkan kita gembira selalu


Thursday, 25 June 2015

Sayang

Bila kali terakhir kita ucapkan kata sayang kepada orang yang kita sayangi. Sayang mudah untuk diluahkan namun adakah ia sekata dengan hati. Sejauh mana ungkapan sayang tu benar- benar lahir dari hati yang ikhlas menyayangi. Apa pun kita tidak perlu berpura- pura. Jika sayang kata sayang, jika benci kata benci. Tidak perlu mempertaruhkan kata sayang hanya untuk mengambil hati dan akhirnya melukakan hati.


Monday, 22 June 2015

Bacalah

Iqra.. ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ayat yang menyeru umat untuk membaca. Tetapi mengapa ada dalam kalangan kita tidak suka membaca?. Membaca itu sebenarnya jambatan ilmu. Ada yang berkata " Tak baca pun boleh dapat ilmu". Tapi kalau dah memang tak membaca ilmu yang didapati tak akan bertambah, kita sendiri yang kena mencari ilmu tersebut. Kadang kala ada kawan-kawan yang mengirim  artikel-artikel pendek dalam Facebook, WhatsApp, Wechat itupun malas membaca artikel tersebut. Bagaimana  kita hendak menambah ilmu kalau asyik malas membaca.

Dari kecil saya diajar untuk membaca. Semasa belum sekolah, buku-buku kakak dan abang yang jadi sasaran. Saya sebenarnya sangat suka membaca. Dunia saya terbuka dan banyak maklumat yang saya dapat. Bila masuk ke zaman belajar di universiti, saya selalu berselisih pendapat dengan kawan-kawan. Mereka hendakkan keputusan yang cemerlang tetapi bila hendak menduduki peperiksaan selalu mereka merungut tidak sempat menghabiskan modul yang diberikan. Alasan mereka adalah kerana kesibukan menguruskan hal-hal seharian. 

Bagi saya membaca itu boleh di mana-mana sahaja. Membaca secara santai itu lebih menyeronokkan. Tanamkan minat membaca dalam diri kita supaya anak-anak akan terikut dengan budaya membaca. Ada segelintir ibu bapa yang selalu meminta anak mereka membaca, tetapi bagaimana mungkin anak-anak ini ingin membaca jika mereka sendiri tidak pernah melihat ibu bapa mereka membaca.

Justeru itu, tanamlah minat membaca. Jangan hanya suka membaca muka buku ( facebook ) sahaja. Tetapi cubalah beralih kepada bahan bacaan yang santai dahulu. Terapkan minat membaca itu secara perlahan-lahan dan keseronokan membaca itu akan timbul nanti. 

Jom baca...walaupun sebaris ayat