Iqra.. ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ayat yang menyeru umat untuk membaca. Tetapi mengapa ada dalam kalangan kita tidak suka membaca?. Membaca itu sebenarnya jambatan ilmu. Ada yang berkata " Tak baca pun boleh dapat ilmu". Tapi kalau dah memang tak membaca ilmu yang didapati tak akan bertambah, kita sendiri yang kena mencari ilmu tersebut. Kadang kala ada kawan-kawan yang mengirim artikel-artikel pendek dalam Facebook, WhatsApp, Wechat itupun malas membaca artikel tersebut. Bagaimana kita hendak menambah ilmu kalau asyik malas membaca.
Dari kecil saya diajar untuk membaca. Semasa belum sekolah, buku-buku kakak dan abang yang jadi sasaran. Saya sebenarnya sangat suka membaca. Dunia saya terbuka dan banyak maklumat yang saya dapat. Bila masuk ke zaman belajar di universiti, saya selalu berselisih pendapat dengan kawan-kawan. Mereka hendakkan keputusan yang cemerlang tetapi bila hendak menduduki peperiksaan selalu mereka merungut tidak sempat menghabiskan modul yang diberikan. Alasan mereka adalah kerana kesibukan menguruskan hal-hal seharian.
Bagi saya membaca itu boleh di mana-mana sahaja. Membaca secara santai itu lebih menyeronokkan. Tanamkan minat membaca dalam diri kita supaya anak-anak akan terikut dengan budaya membaca. Ada segelintir ibu bapa yang selalu meminta anak mereka membaca, tetapi bagaimana mungkin anak-anak ini ingin membaca jika mereka sendiri tidak pernah melihat ibu bapa mereka membaca.
Justeru itu, tanamlah minat membaca. Jangan hanya suka membaca muka buku ( facebook ) sahaja. Tetapi cubalah beralih kepada bahan bacaan yang santai dahulu. Terapkan minat membaca itu secara perlahan-lahan dan keseronokan membaca itu akan timbul nanti.
Jom baca...walaupun sebaris ayat
No comments:
Post a Comment