I stop when I'm done

I stop when I'm done

Saturday 4 July 2015

Cinta sejati

Setiap orang akan jatuh cinta, ada yang jatuh cinta pandang pertama,ada  yang jatuh cinta secara tiba-tiba. Namun bagaimanapun cara kita jatuh cinta, biarlah secara ikhlas. Bukannya cinta dusta tetapi cinta sejati yang hadir hanya sekali. Cinta sejati yang meresap ke hati terus kukuh dalam jiwa. Cinta itu indah kalau hadir dengan keikhlasan dan kejujuran dan cinta itu amat menyakitkan bila hadir dengan paksaan. Cinta paksaan akan melukakan hati dan juga tidak akan berkekalan.





Friday 3 July 2015

Kejayaan milik semua


Kejayaan itu milik semua. Setiap orang dilahirkan untuk berjaya, namun berjaya atau tidak seseorang itu terletak pada usaha mereka itu sendiri.  Kejayaan yang hendak kita raih perlukan keazaman dan jati diri yang kuat. 

Justeru itu untuk berjaya kita harus ada perancangan yang kukuh, persediaan yang mantap fizikal dan mental. Paling utama untuk meraih kejayaan ialah kepercayaan yang jitu bahawa dia mampu untuk meraih kejayaan.

Apa pun...kejayaan yang utama ialah bila adanya sokongan orang yang tersayang. Itulah yang akan melengkapi kejayaan yang kita raih hasil penat lelah kita.







Thursday 2 July 2015

Bila cinta beralih arah

Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Perkahwinan ini dimenterai oleh cinta dua hati. Namun mengapa cinta ini boleh dikhianati. Mengapa ada cinta lain hadir dalam indahnya ikatan suci ini.

Kita tidak boleh menunding jari menyalahkan satu pihak sahaja. Masa bercinta memang sangat indah tetapi bila melangkah ke alam perkahwinan ada segelintir kita tidak mengekalkan keindahan masa bercinta itu. Ini kerana mereka merasakan mereka sudah memiliki orang yang mereka sayang. Tanpa mereka sedari mereka membuka ruang untuk orang lain memenuhi hati pasangan mereka yang kosong.

Dan akhirnya cinta beralih arah... rumahtangga mula bergoyang, mula rasa disakiti dan dikhianti, cemburu dan wasangka mula menghuni dalam hati.

Cubalah berubah jika tidak mahu ada cinta kedua hadir dalam ikatan murni perkahwinan. Bukan masa untuk menuduh siapa salah atau siapa yang benar. Tetapi berubah untuk orang yang kita sayang.