I stop when I'm done

I stop when I'm done

Saturday 30 March 2013

Bismillah Enam

  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezekinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.






Tuesday 19 March 2013

Air mata dan wanita

Wanita sering kali dikaitkan dengan  kelembutan,  penuh kasih sayang, sering ditindas dan dilukakan oleh orang yang disayangi. Air mata ialah merupakan luahan hati yang tidak dapat diucapkan melalui kata-kata. Tangisan sedih seorang wanita bukan bererti dia lemah, tetapi hanya untuk meluahkan kesakitan hati yang dirasainya.

Air mata merupakan teman yang rapat dengan wanita. Air mata penawar duka, penyembuh rasa, pengubat jiwa, luahan hati yang tak bisa diungkapkan dengan sebarang kata-kata. Namun sekali wanita itu mengelap air mata yang tumpah, dia akan merawat hati yang luka dan mewujudkan satu dimensi baru seorang wanita yang cekal, tidak menyerah kalah dan bersemangat.

Takkala itu... kamu hanya mampu melihat dia melangkah pergi dan tidak akan berpaling lagi...



salam perkenalan

Alhamdulillah....beribu kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana masih mengizinkan kita bernafas di atas muka bumi yang indah ini. Seharusnya saya juga bersyukur kerana dengan izinnya juga dapat menulis di sini untuk sama-sama berkongsi apa yang ada diminda kecil  ini. Mudah- mudahan segala coretan yang tercatat di ruang ini boleh memberi sedikit perkongsian buat kita semua dalam menjalani kehidupan yang indah ini.