Bahagia dan gembira saling berkait antara satu sama lain. Bila kita bahagia, kita akan rasa gembira dan begitu juga rasanya bila kita gembira hidup akan rasa bahagia. Bahagia itu perlu kita cipta untuk melahirkan rasa gembita. Tidak perlu terus menerus hidup dalam kesedihan kerana setiap orang mempunyai ruang dan peluang untuk merasai kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup. ada orang bertanya saya mengapa nampak saya gembira seakan tidak pernah wujud masalah. Jawapannya senang sahaja, saya sentiasa positifkan diri saya kerana kalau bukan kita siapa lagi yang akan membahagiakan diri kita dan untuk membuat kita gembira dan bahagia . Sentiasa berfikiran terbuka dan buang segala rasa sedih dan kecewa dalam diri. Bahagia itu akan muncul dalam hati kita dan akan membuatkan kita gembira selalu
I stop when I'm done
Tuesday, 30 June 2015
Thursday, 25 June 2015
Sayang
Bila kali terakhir kita ucapkan kata sayang kepada orang yang kita sayangi. Sayang mudah untuk diluahkan namun adakah ia sekata dengan hati. Sejauh mana ungkapan sayang tu benar- benar lahir dari hati yang ikhlas menyayangi. Apa pun kita tidak perlu berpura- pura. Jika sayang kata sayang, jika benci kata benci. Tidak perlu mempertaruhkan kata sayang hanya untuk mengambil hati dan akhirnya melukakan hati.
Monday, 22 June 2015
Bacalah
Iqra.. ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ayat yang menyeru umat untuk membaca. Tetapi mengapa ada dalam kalangan kita tidak suka membaca?. Membaca itu sebenarnya jambatan ilmu. Ada yang berkata " Tak baca pun boleh dapat ilmu". Tapi kalau dah memang tak membaca ilmu yang didapati tak akan bertambah, kita sendiri yang kena mencari ilmu tersebut. Kadang kala ada kawan-kawan yang mengirim artikel-artikel pendek dalam Facebook, WhatsApp, Wechat itupun malas membaca artikel tersebut. Bagaimana kita hendak menambah ilmu kalau asyik malas membaca.
Dari kecil saya diajar untuk membaca. Semasa belum sekolah, buku-buku kakak dan abang yang jadi sasaran. Saya sebenarnya sangat suka membaca. Dunia saya terbuka dan banyak maklumat yang saya dapat. Bila masuk ke zaman belajar di universiti, saya selalu berselisih pendapat dengan kawan-kawan. Mereka hendakkan keputusan yang cemerlang tetapi bila hendak menduduki peperiksaan selalu mereka merungut tidak sempat menghabiskan modul yang diberikan. Alasan mereka adalah kerana kesibukan menguruskan hal-hal seharian.
Bagi saya membaca itu boleh di mana-mana sahaja. Membaca secara santai itu lebih menyeronokkan. Tanamkan minat membaca dalam diri kita supaya anak-anak akan terikut dengan budaya membaca. Ada segelintir ibu bapa yang selalu meminta anak mereka membaca, tetapi bagaimana mungkin anak-anak ini ingin membaca jika mereka sendiri tidak pernah melihat ibu bapa mereka membaca.
Justeru itu, tanamlah minat membaca. Jangan hanya suka membaca muka buku ( facebook ) sahaja. Tetapi cubalah beralih kepada bahan bacaan yang santai dahulu. Terapkan minat membaca itu secara perlahan-lahan dan keseronokan membaca itu akan timbul nanti.
Jom baca...walaupun sebaris ayat
Kawan atau lawan
Kawan...seorang yang rapat dengan kita. Seorang yang tahu banyak tentang cerita kita. Namun begitu terkadang ada kawan yang tidak jujur dengan kita. Kawan yang secara diam menjatuhkan kita. Kawan yang di depan manis berbicara tetapi berubah laku di belakang kita. Oleh itu berhati- hati memilih kawan. Cari kawan yang tidak akan meninggalkan kita sendirian dan menjadi lawan secara diam.
" lebih baik mempunyai musuh yang secars jujur mengatakan kebencian kepada kita daripada mempunyai kawan yang menjatuhkan kita secara diam"
Sunday, 21 June 2015
Kepercayaan
Kepercayaan... memang sukar untuk kita percaya siapa yang boleh dijadikan tempat untuk berkongsi rasa, berkongsi rahsia dan berkongsi segalanya. Dalam satu perhubungan kita seharusnya berhati-hati kerana tidak semua orang boleh kita percaya sebulat-bulatnya. Terkadang orang yang kita anggap rakan bisa menikam kita dari belakang. Terkadang orang yang kita anggap musuh adalah orang yang sanggup memeluk kita takkala kita dalam kesedihan. Berhati-hatilah apabila kita mencari tempat untuk mencurah segala permasalahan kerana tak semua mampu untuk meminjamkan bahu mereka untuk kita sandarkan pabila kita bersedih,
Jangan berhenti...
Mengapa perlu berhenti... teruskan segala usaha yang kita lakukan sehingga selesai. Jangan berhenti di pertengahan jalan kerana sudah penat dan hampir mengalah di pertengahan jalan. Tetapi berhentilah apalah kita sudah sampai ke hentian yang sepatutnya. Usah merasa penat dan lelah kerana kita akan merasa manisnya kejayaan itu bila kita telah mencapai apa yang kita mahukan.
I don't stop when i'm tired
I stop when I'm done
Berusahalah dan bertawakallah kepada Allah.
Saturday, 20 June 2015
Teruslah melangkah
Percayalah...bila seseorang membuang kita dalam kehidupannya, bukan kerana kita tidak cukup baik. Namun sebenarnya dia tidak menyedari kekuatan yang ada dalam diri kita. Biarlah kita dicampak atau dibuang dalam hidup seseorang kerana hanya mereka yang benar- benar mengenali dan menghargai yang berhak untuk memiliki hati kita.
Teruslah melangkah tanpa rasa kecewa kerana ada seseorang yang terbaik menunggu kita di hadapan dan penuh dengan kasih sayang serta penghargaan.
Jangan menyakiti untuk meraih kejayaan dan kebahagiaan
Bangkitlah untuk terus maju ke hadapan tanpa perlu menjatuhkan orang lain. Teruslah mengorak kejayaan tanpa perlu memijak orang sekeliling untuk berjaya. Melangkahlah setinggi mana yang mampu tanpa perlu menjatuhkan air mata orang lain. Kejayaan dan kebahagiaan yang kita gapai akan lebih bermakna dalam hidup kita. Jangan membina kebahagiaan atas titisan air mata orang lain
Thursday, 18 June 2015
Kekuatan diri
Kita terkadang tidak menyedari yang kita sebenarnya mempunyai kekuatan luar biasa dalam diri. Bila ditimpa masalah dan dirundung kesedihan, kita selalu merasa terus jatuh dan tidak mampu untuk bertahan walhal dalam diri kita sebenarnya tersembunyi kekuatan yang amat jitu. Namun yang demikian...kita akan sedari kekuatan itu bila kita berdepan dengan masalah yang besar. Tak kala itu lah baru kita sedari sebenarnya kita mempunyai kekuatan yang amat kuat sebenarnya. Kekuatan itu akan membantu kita hadapi satu demi satu cabaran yang mendatang...
Oleh yang demikian bangkitlah dengan kekuatan yang ada dalam diri untuk terus mencorak masa depan yang lebih indah.
Wednesday, 17 June 2015
Sunday, 14 June 2015
Jadi diri sendiri
Kita sering kali cuba untuk menjadi orang yang terbaik untuk orang yang rapat dengan kita. Namun begitu sejauh mana kita boleh mengubah personaliti kita. Kita tak mungkin boleh jadi orang lain.
Oleh yang demikian...jadilah diri sendiri kerana orang yang benar-benar sayangkan kita akan terima segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada kita seadanya..Jadilah diri sendiri...
Saturday, 13 June 2015
Friday, 12 June 2015
Sabar...semuanya akan baik-baik sahaja
Sabar..itulah ungkapan yang sering diucapkan kepada kita tak kala kita sedih. Tapi sejauh mana kesabaran itu bisa kita sematka dalam hati. Sabar itu sebenarnya indah jika kita dapat hayatinya dengan penuh keikhlasan. Percayalah...hasil kesabaran itu amat indah dihujungnya. Hanya perlu sedikit kesabaran dan kau akan temui keindahan yang tak terhingga.
Tuesday, 9 June 2015
Erti secantikan
Semua orang hendak kelihatan cantik.
Monday, 8 June 2015
Kehilangan
Setiap orang akan merasai kehilangan...hilang orang yang tersayang adalah kehilangan yang amat menyedihkan. Tetapi jangan takut kehilangan orang yang tak pernah takut kehilangan kita. Biarlah kehilangan itu pahit...biarlah ia pergi kerana kita tidak perlu menangisi kehilangan orang yang tidak pernah menghargai kita..
Sunday, 7 June 2015
cinta dan air mata
Cinta...indah bila dibicarakan tapi mengungkap seribu rasa.
Cinta...indah bila dilahirkan dengan hati yang ikhlas.
Cinta...terasa pahit bila bersulam air mata
Cinta...biarlah ia hadir tanpa paksaan...biarlah lahir dari hati yang ikhlas dan suci tanpa dusta, tanpa air mata tapi penuh dengan kepercayaan dan kejujuran.
Cinta...indah bila dilahirkan dengan hati yang ikhlas.
Cinta...terasa pahit bila bersulam air mata
Cinta...biarlah ia hadir tanpa paksaan...biarlah lahir dari hati yang ikhlas dan suci tanpa dusta, tanpa air mata tapi penuh dengan kepercayaan dan kejujuran.
Subscribe to:
Posts (Atom)