I stop when I'm done

I stop when I'm done

Wednesday, 12 October 2016

Pesan Ibu

Ibu berpesan...jaga hati kerana hati itulah yang akan menentukan siapa kita sebenarnya. Namun masih lagi segelintir dari kita yang tidak mampu untuk menjaga hati. Mereka selalu merasakan hati mereka bersih tapi hakikatnya penuh sikap dengki kepada orang lain, penuh dengan tipu muslihat, penuh dengan kehitaman. 
Siapapun kita...jagalah hati supaya kita akan sentiasa jadi yang terbaik buat semua orang.



Tuesday, 11 October 2016

Kehidupan




Berbicara tentang kehidupan banyak yang membuatkan kita terkadang terfikir apakah yang kita inginkan dalam kehidupan kita ini. Ada yang seringkali mengeluh kerana sering kali diuji dan seringkali merasa gagal menemui kebahagiaan yang dicari. Ada juga yang mendabik dada menyatakan dia bahagia dengan kehidupan yang dia ada, bangga ada keluarga yang sempurna, kerja yang bagus tanpa memikirkan hati orang lain. 

Hidup ini sebenarnya seperti sebuah kamera. Fokus pada yang utama dalam kehidupan ini, cari yang terbaik untuk kebahagiaan diri. Bina balik kehidupan yang pernah mengecewakan kita dan apa sahaja yang selama ini membuat kita jatuh dan menangis. Buangkan segala yang negatif dan menyakitkan dan mulakan hidup tanpa pernah mengalah. Bahagia itu kita yang tentukan bukan orang lain. Berdoalah agar kita sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang bisa membahagiakan kita.





Wednesday, 2 September 2015

Sebuah Janji


Jangan berjanji jika tidak mampu untuk ditunaikan. Janji senang untuk dilafazkan tapi sejauhmana kita mampu laksanakan janji yang kita menterai. Bila janji mula dimungkiri langkah terbaik ialah membawa diri. Bukan merajuk tapi sekadar ingin pergi supaya ada yang tahu menghargai .



Saturday, 4 July 2015

Cinta sejati

Setiap orang akan jatuh cinta, ada yang jatuh cinta pandang pertama,ada  yang jatuh cinta secara tiba-tiba. Namun bagaimanapun cara kita jatuh cinta, biarlah secara ikhlas. Bukannya cinta dusta tetapi cinta sejati yang hadir hanya sekali. Cinta sejati yang meresap ke hati terus kukuh dalam jiwa. Cinta itu indah kalau hadir dengan keikhlasan dan kejujuran dan cinta itu amat menyakitkan bila hadir dengan paksaan. Cinta paksaan akan melukakan hati dan juga tidak akan berkekalan.





Friday, 3 July 2015

Kejayaan milik semua


Kejayaan itu milik semua. Setiap orang dilahirkan untuk berjaya, namun berjaya atau tidak seseorang itu terletak pada usaha mereka itu sendiri.  Kejayaan yang hendak kita raih perlukan keazaman dan jati diri yang kuat. 

Justeru itu untuk berjaya kita harus ada perancangan yang kukuh, persediaan yang mantap fizikal dan mental. Paling utama untuk meraih kejayaan ialah kepercayaan yang jitu bahawa dia mampu untuk meraih kejayaan.

Apa pun...kejayaan yang utama ialah bila adanya sokongan orang yang tersayang. Itulah yang akan melengkapi kejayaan yang kita raih hasil penat lelah kita.







Thursday, 2 July 2015

Bila cinta beralih arah

Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Perkahwinan ini dimenterai oleh cinta dua hati. Namun mengapa cinta ini boleh dikhianati. Mengapa ada cinta lain hadir dalam indahnya ikatan suci ini.

Kita tidak boleh menunding jari menyalahkan satu pihak sahaja. Masa bercinta memang sangat indah tetapi bila melangkah ke alam perkahwinan ada segelintir kita tidak mengekalkan keindahan masa bercinta itu. Ini kerana mereka merasakan mereka sudah memiliki orang yang mereka sayang. Tanpa mereka sedari mereka membuka ruang untuk orang lain memenuhi hati pasangan mereka yang kosong.

Dan akhirnya cinta beralih arah... rumahtangga mula bergoyang, mula rasa disakiti dan dikhianti, cemburu dan wasangka mula menghuni dalam hati.

Cubalah berubah jika tidak mahu ada cinta kedua hadir dalam ikatan murni perkahwinan. Bukan masa untuk menuduh siapa salah atau siapa yang benar. Tetapi berubah untuk orang yang kita sayang.


Tuesday, 30 June 2015

Kebahagiaan dan kegembiraan

Bahagia dan gembira saling berkait antara satu sama lain. Bila kita bahagia, kita akan rasa gembira dan begitu juga rasanya bila kita gembira hidup akan rasa bahagia. Bahagia itu perlu kita cipta untuk melahirkan rasa gembita. Tidak perlu terus menerus hidup dalam kesedihan kerana setiap orang mempunyai ruang dan peluang untuk merasai kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup. ada orang bertanya saya mengapa nampak saya gembira seakan tidak pernah wujud masalah. Jawapannya senang sahaja, saya sentiasa positifkan diri saya kerana kalau bukan kita siapa lagi yang akan membahagiakan diri kita dan untuk membuat kita gembira dan bahagia . Sentiasa berfikiran terbuka dan buang segala rasa sedih dan kecewa dalam diri. Bahagia itu akan muncul dalam hati kita dan akan membuatkan kita gembira selalu