Hujan akan turun takkala awan sudah tidak mampu menampung wap air...mencurah kebumi membasahi tanah dan membahagiakan para petani.
Namun airmata akan gugur bak hujan takkala hati sudah tidak mampu menanggung kesedihan dan kesakitan dalam hati.
Antara hujan dan airmata mencipta pelbagai cerita suka dan duka. Hanya yang merasai sahaja mampu bercerita tentang airmata manakala yang lain hanya akan mencebik sahaja. Namun...pergilah airmata supaya tiada lagi rasa sedih dan kelukaan dihati.